Bagi Nun Sakinah (ﻥْ ) dan Tanwim ( ـًـٍـٌ ), terdapat 5 jenis hukum iaitu :
- Izhar Halqi
- Ikhfa’ Hakiki
- Idgham Maal Ghunnah (Bighunnah)
- Idgham Bila Ghunnah
- Iqlab
1. Izhar Halqi
Huruf = Terdiri daripada 6 huruf iaitu :
ه
| ع | خ | ح | غ |
أ
|
Makna = Izhar bermaksud Jelas.
Oleh itu hendaklah dijelaskan sebutan Nun Mati dan Tanwim serta setiap huruf Izhar Halqi dari makhrajnya tanpa mendengungkannya.
Hukum = Apabila Nun Mati (ﻥْ ) atau Tanwim ( ـًـٍـٌ ) bertemu dengan salah satu Huruf Izhar Halqi
di dalam satu kalimah atau dua kalimah, dibaca dengan Jelas, iaitu Tanpa Dengung
2. Ikhfa’ Hakiki
Huruf = Terdiri daripada 15 huruf iaitu :
ك | د | ص | ز | ج | ت | س | |
ذ | ش | ظ | ط | ض | ق | ث |
ف
|
Makna = Ikhfa’ bermaksud Tersembunyi. Membaca huruf yang sifatnyaantara Izhar dan Idgham tanpa sabdu serta mengekalkan sifat dengung pada huruf yang pertama.
Hukum = Apabila Nun Mati (ﻥْ ) atau Tanwim ( ـًـٍـٌ ) bertemu dengan salah satu Huruf Ikhfa’ Hakiki, dibaca dengan Dengung
3. Idgham Maal Ghunnah
Huruf = Terdiri daripada 4 huruf iaitu :
ن
| م | و |
ي
|
Makna = Idgham Berdengung iaitu memasukkan huruf pertama yang bertanda mati ke dalam huruf berikutnya yang berbaris dan menjadikan huruf berikutnya bersabdu serta terangkat lidah ketika menyebutnya serta dengung
Hukum = Apabila Nun Mati (ﻥْ ) atau Tanwim ( ـًـٍـٌ ) bertemu dengan salah satu Huruf Idgham Maal Ghunnah di dalam dua kalimah, dibaca denganDengung
4. Idgham Bila Ghunnah
Huruf = Terdiri daripada 2 huruf iaitu :
ر
|
ل
|
Makna = Idgham Tanpa Dengung iaitu memasukkan huruf pertama yang bertanda mati ke dalam huruf berikutnya yang berbaris dan menjadikan huruf berikutnya bersabdu serta terangkat lidah ketika menyebutnya tanpa dengung
Hukum = Apabila Nun Mati (ﻥْ ) atau Tanwim ( ـًـٍـٌ ) bertemu dengan salah satu Huruf Idgham Bila Ghunnah di dalam dua kalimah, dibaca denganTanpa Dengung
5. Iqlab
Huruf = Terdiri daripada 1 huruf iaitu :
ب
|
Makna = Menukarkan bunyi Nun Mati dan Tanwim kepada bunyi huruf Mim dan diikhfa’kan (disembunyikan) ke dalam huruf Ba’ yang berbaris serta dikekalkan sifat dengung.
Hukum = Apabila Nun Mati (ﻥْ ) atau Tanwim ( ـًـٍـٌ ) bertemu dengan Huruf Iqlab, dibaca dengan Dengung
No comments:
Post a Comment