a:hover color:#FF6699; background:url http://dl5.glitter-graphics.net/pub/590/590935ankbyj1xx4.gif ;background-repeat: repeat; text-decoration:underline;

Search This Blog

Monday, March 25, 2013

mencari cinta hakiki~ =')

semalam...mase tenga dress up untuk bacaan yassin, pakcu masuk bilik..ha tp mase tu makcu pon ade jugak..tetibe pakcu tanye "akak da ade boyfren ea?" aku sengih je..hurm mase tu aku pon ta pasti nak cakap macam mane.."kenape?" tu je yg mampu aku tanye...pakcu cakap care makeup aku da lain..hahaha..ta tao pulak ade perbezaan..hee..then pakcu tanye lagi siapa name si dia...hee mule2 aku segan nak cakap..p aku cakap jugakla..sbb pakcu macam serius jer...
pakcu angguk dan angguk.."dia ade tahi lalat kat muka..suke senyum..jujur..mudah percaya orang..tapi akk jangan la ambil kesempatan pulak dengan kepercayaan dia kat akak..nanti dia tak akan percaya da.." aku tergelak besar..pelik macam mane pakcu tao dia suke senyum.."yerke pakcu..akak tak pasti sangat sebab akak betol2 kenal dia lepas abis sekolah.."merah padam muke aku..segan jugak..hahaha.."sebenarnye dia da lame nakkan akak.." aku terdiam jugak..wah berdebar betul mase tu.."lelaki macam tu susah nak dapat...akak jangan kecewakan dia pulak.."
ya allah aku betul2 nak menangis mase tu..bukan ape...pada mulenye aku betul2 keliru..aku ta pasti same ade allah datangkan dia pada aku sebagai ujian untuk menguji cinta yang aku pendam selama 3tahun ni atau sebagai pegganti / anugerah untuk aku..seriously aku keliru..aku takut aku tewas dengan ujianNya..tapi aku percaya Dia sentiasa mendengar bisikan hati ini..dan aku juga percaya ape yg pakcu katakan semalam tu adalah jawapan dariNya..ya allah..jika ia benar..aku bersyukur sangat dan amat sangat..aku berharap ya allah jika dia adalah pengganti cinta yang kupendam dahulu..kau peliharalah kami ya allah..peliharalah kami dari segala maksiat dan kejahatan dunia..berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat..aku akan cube belajar untuk menerima orang yang mencintai aku kerana aku tahu mencintai orang yang tidak mencintai kita amatlah pedih rasenye..terima kasih Allah... =')

Friday, March 22, 2013

Putih-Putih Melati - ST12


Lirik Lagu Putih-Putih Melati - ST12

on 11 FEBRUARY 2013


Lirik Lagu Putih-Putih Melati - ST12

Siapa bilang aku seperti dia
Siapa bilang aku cintai dia
Sesungguhnya aku tak benar2 cinta
karna kau tak seputih melati

kalau ada hitam pasti ada putih
jika hatimu kelam tk mungkin bersih
tak usah kau lanjutkan tuk berbagi kasih
karna kau tk seperti melati ohhhh

putih2 melati
merah2 delima
siapa yg baik hati
pasti ku terima ahhh…

Perasaan itu Satu Ujian


...Assalamualaikum..


minggu ni ada macam-macam rasa,
macam-macam perkara fikir dalam kepala..
yang penting, Allah selalu ada bersama kita..
Alhamdulillah.. terima kasih Allah..

bercakap secara general, semua orang pasti mengalami saat-saat mempunyai 
perasaan yang sukar untuk diungkapkan..
bak kata orang, buat kerja sume serba tak kena
makan tak lalu, tidur tak lena, mandi tak basah..
ada orang cakap perasaan macam tu adalah anugerah..
betul ke??
betol betol betol!
perasaan itu anugerah sekiranya kerana Allah..

ramai orang yang kononnya bercinta kerana Allah,
tapi ada jugak yang bercinta kerana Allah tu, putus ditengah jalan,
so kerana Allah ke tu?
mungkin ya, mungkin juga tidak..
bercinta kerana Allah itu, bukan sekadar dimulut, 
tapi dengan hati dan perbuatan sekali..
hanya Allah yang tahu kita bercinta tu berlandaskan cinta kerana Allah ataupun tidak..
yang paling afdal adalah perlahwinan,
cinta selepas kawen lebih barakah..
lebih terasa manisnya..

okay okay, terlebih emo pulak saya,
bukan saya nak citer pasal cinta after nikah pon..
ni citer lain..
citer yang tiba-tiba je boleh ada perasaan tu..

dah lama saya tak alami perasaan yang macam ni..
sebelum ni (semasa saya jahil tentang kehidupan), 
ada la jugak timbul perasaan ni,
dah timbul tu layan je la..
siapa tak nak rasa camtu?
...................
tapi hakikat yang perlu saya lalui adalah
hati tak tenang, rasa macam jiwa kacau pulak..
tapi perasaan tu tak lama
bayangnya berlalu dek masa dan jarak yang memisahkan..

masa yang berlalu, menjadikan saya semakin belajar mengenal kehidupan..
kehidupan yang 100% pergantungan kita bukan pada siapa-siapa,
tetapi hanya pada si Dia yang Maha Esa...

namun kini saya didatangi lagi dengan perasaan itu..
ya perasaan itu indah..
namun hakikatnya itu semua adalah ujian..
ujian sejauh mana kewarasan saya berfikir,
sejauh mana kebergantugan saya pada si Dia..

menangis mohon petunjuk,
Alhamdulillah,
saya masih punya Allah untuk mengadu,
ternyata perasaan yang hadir itu bukan anugerah untuk saya,
ia cuma bisikan syaitan untuk melekakan saya kepada Pencipta saya sahaja..
kini saya semakin tenang menghadapinya...
mohon ketenangan yang berpanjangan ya Allah...

............................................................
         Hadis nabi yang bermaksud: 
‘sesiapa yg jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya, hingga kematian 
datang menjemputnya, maka dia adalah seorg yg syahid.’
- riwayat Hakim, Ibn Asakir, al-Dailami dan lain-lain.

  Dalam riwayat lain pula bermaksud: 
‘ sesiapa yg jatuh cinta, lalu dia memelihara kesucian dirinya dan 
bersabar hingga meniggal dunia, maka dia adalah seorg yg syahid.’


Ya Allah, andainya dia adalah jodoh yg ditetapkan olehMu kpdku, maka, campakkanlah ke dlm hatiku, cintanya adlh krn-Mu, dan campakkanlah ke dlm hatinya, cinta kpdku adlh krn-Mu.
Namun, andainya dia bukanlah jodoh yg ditetapkan oleh-Mu kpdku, berikanlah aku kekuatan agar pasrah dlm mengharungi ujian, yg Kau berikan kpdku….

Ya Allah sekiranya perasaan ini hanya bisikan syaitan yang
hadir semata-mata untuk melekakan aku terhadapMu,
maka Engkau jauhkanlah ia dari aku,
peliharalah aku untuk sentiasa tidak melupakanMu..

...........................................................................

kadang-kadang Allah hantar seseorang untuk menguji kita,
kadang-kadang Allah hilangkan seseorang untuk menguji kita,
kadang-kadang Allah beri kesakitan untuk menguji kita,
dan kadang-kadang Allah beri keselesaan juga untuk menguji kita..
-jangan mengeluh-
*copy daripada status kawan di FB*

perasaan itu adalah anugerah, malah ia juga satu ujian bagaimana untuk kita memelihara perasaan itu..

hope the points will share to others...
wassalam

Ujian itu Tarbiyah, Sabar itu Indah


BY  · JUNE 29, 2012 · NO COMMENTS

Allah Taala mendidik hambaNya dengan menurunkan pelbagai ujian. Ujian sebagai “tester” sejauhmanakah penilaian dan pemahaman hamba dalam soal pergantungan dan pengharapan. Alhamdulillah, ku bersyukur pada Allah biar ujian itu pahit tetapi yang lebih memahat di dalam jiwa, apabila Allah Taala serta dengan tiba-tiba menggantikannya dengan perkara yang lebih baik. Terkadang kita hamba disaat lemah, banyak percubaan yang mengundang, tertewas juga kadangnya.
Ceria dan mendungnya kehidupan adalah warna-warni hidup. Tak enak ubi yang direbus tanpa garam yang masin, tak enaklah pelam muda yang masam tanpa kicap dan gula. Selepas diberi ujian, barulah terasa enaknya ujian. Mesrakanlah dengan ucapan alhamdulillah, walaupun duit dikocek sudah kehabisan, sedangkan begitu ramai yang dipenuhkan koceknya meninggalkan Tuhan.
“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)”
(Al-Baqarah :214)
Allah tidak pernahkan jauh, meninggalkan hambaNya seorang meraba-raba penyelesaian akan ujian yang dihadapi. Jawapan dan tarbiyyah Allah sangat eksklusif bagi hamba-hambaNya. Setiap orang diajarkan tarbiyyah berbeza, bahkan jawapannya juga berbeza. Proses kehidupan membentuk manusia lebih baik, memperbaiki diri menjadi yang terbaik.
Kita seharusnya mencedok kisah silam, sejarah yang terbukti. Ketabahan umat Islam zaman lampau terutama tika zaman Rasulullah S.A.W. Bagaimana keperitan, penderitaan yang di alami hinggakan kesan ujian tersebut mengobrak emosi, menjengah sampai menggoyahkan iman. Bukan itu saja, nyawa menjadi taruhan supaya boleh merobek teguh iman dalam sanubari. Hebatnya para sahabat Nabi S.A.W, bukan kecil-kecil iman mereka.
“Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.”
(Al-Baqarah :155)
Kita selalu merungut, menyalahkan yang lain padahal pada masa yang sama kita sudah ditewaskan oleh emosi yang memercik, SYAITAN yang membisik, hati membentak dan ragut dijentik. Aduh, sayangnya emosi itu menjadi alasan ketidaksiumannya kita. Bagaimana mahu mengubatinya? Mencari penjuru lalu menangis sudahkah selesai?
Tidak! Seharusnya kita sendiri harus memandu sendiri. Mulakan dari gear mula, mencari titik permulaan tersebut yang terkandung di dalam jiwa. Muhasabah diri, menimbang-tara peribadi, kau akan menemui rapuhnya hatimu dalam mencintaiNya, kesetiaanmu tidak setulus cintaNya, saat itu tangisanmu sangat berguna.
Selepas tangis, pasti kamu akan mulai bangkit. Allah akan mengisi lompang-lompang pertanyaanmu, satu jawapan sudah cukup untuk kamu. Tiada diskriminasi, kamu miskin kamu kaya, kamu pangkat kamu biasa. Asalkan kamu dekat, dan Allah Taala lebih dekat.
Taman menjadi subur kembali dengan adanya hujan Allah menurunkan, layulah jika hanya ada cahaya mentari saja. Begitu juga hati, dengan adanya tangis Allah menyuburkan jiwa semula, terbitnya pula pelangi yang indah.
“Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. “(Surah At-Thalaaq :3)
Bak sajak Hilal Asyraf :
Kadang susah biar kita bijak bersyukur,
kerana manusia itu sering melupai,
kadang sakit biar kita beringat,
kerana manusia itu sering meninggi diri,
kadang dosa itu biar kita sedar,
kerana manusia itu sering bongkak dalam kalbunya nanti.
Cabaran itu juga daripada Tuhan,
tidakkah kita memerhatikannya dengan mata hati?
{Cabaran dan halangan itu dari Allah, menghias untuk kamu menjadi tinggi, mulia disisi Dia}

kebahagiaan dalam pencarian


"Suhana, kau pernah minat pada seorang lelaki tak?" tanya kawan saya ketika kami sedang duduk berehat.
"Pernah lah," jawab saya. Agak segan kerana soalan sensitif yang dilontar oleh kawan.
"Kalau kau suka, kau akan buat apa?"
"Aku akan berdoa dalam hati, Allah, aku suka akan dia, jika dia adalah jodohku, maka dekatkanlah dia untukku, jika bukan maka berikanlah yang lebih baik dari itu," jawab saya.
"Oh..." terdiam seketika kawan saya itu.
Benar, setiap orang pasti pernah jatuh cinta. Namun bagi yang menjaga iman dan diri, pasti dipendamkan dahulu, cuba berusaha dengan cara yang betul untuk meraih cinta tersebut. Berusaha untuk tidak mencemari diri dari melakukan perkara-perkara yang mampu mencalarkan maruah diri dan sebagainya.
Jangan jadi manusia terhegeh-hegeh dan terlalu menguja.
Wanita fitrahnya adalah seperti daun semalu, yang berduri dan bila disentuh tertutup malu. Seperti bunga mawar yang indah namun penuh berduri tajam. Jangan dihilangkan fitrah itu, kerana cinta anda sanggup mengejar sesuatu yang pasti bukan kepunyaan anda.
Seringkali kerisauan mengenai jodoh menjadi pendorong kepada berlakunya ikatan kemanusiaan jantina yang berbeza yang tiada nilai di sisi agama - bercouple tanpa sah!
Atas alasan takut diri tidak laku, maka jika sesiapa lelaki yang menghulur cinta maka terus diterima tanpa berfikir dengan akal yang waras. Maka ketetapan Allah mengenai jodoh tidak dipeduli kerana kerisauan yang sering menghantui diri.
Sudah dibilang pelihara diri anda, maka peliharalah kerana itu bukan sesuatu yang merugikan. Namun, jika diri sudah terperangkap dengan mainan emosi kerisauan ini, segeralah bermuhasabah.
Ya, benar.. saya akui, jodoh tidak akan bergolek, ia perlu dicari. Namun, pencarian anda itu bagaimana caranya? Adakah mengikut syariat atau tidak? Adakah anda yakin pacar anda sekarang pasti meminang anda atau tidak?
Dan akhirnya pasti kalian menjawab, "terserah pada Allah, moga inilah jodohku.."
Nah, akhirnya anda sendiri akur untuk berserah juga akhirnya, tetapi berserah setelah mengikut pencarian yang salah, anda sendiri mampu menafsir apa yang berlaku seterusnya.
Saya tidak menafikan juga bahawa kebahagiaan itu tidak mampu dinilai. Tapi sedarlah wahai sekalian sahabatku, kita sering bermimpi indah selepas perkahwinan, punya anak-anak yang soleh dan sebagainya, tapi hakikatnya kita masih kabur dalam menilai erti perkahwinan itu sendiri.
Seharusnya perkahwinan ini mampu menghasilkan generasi Islam yang lebih mantap, bukan pewaris kepada dosa-dosa yang kalian sudah lakukan sebelumnya.
Tuntasnya, saya mahu mengingat kepada diri serta sahabat sekalian bahawa carilah jodoh anda dengan cara yang paling diredhai oleh Allah.
Berpacaran bukanlah jalan terbaik untuk mengatasi masalah kerisauan anda tentang jodoh. Jika indah akhlak kalian, menjaga peribadi anda, jodoh itu sendiri datang kepada kalian tanpa disedari.
Mahu pasangan yang soleh dan solehah? Andalah yang perlu menjadi soleh atau solehah dulu...
Mintalah kepada-Nya, kerana hanya Dia  yang Maha Mengetahui jodoh terbaik untuk kalian.
Apa yang perlu kalian lakukan sekarang bukanlah menjalin hubungan mesra dengan pacaran tetapi jalinlah hubungan mesra dengan Yang Maha Memiliki!
Jangan sekadar mohon jodoh, namun mohonlah juga keturunan yang baik kerana itu bisa menjadi penyejuk mata dan hatimu.
Ikutlah jalan Islam, pasti bahagia selamanya... insyaAllah! <3

Monday, March 18, 2013

perbualan asas =D


محادثة/MUHADATHAH/PERBUALAN/KOMUNIKASI/DIALOG - Asas: Apa Khabar? : كـَـيـْـفَ حـَـالـُـكَ؟

a : كـَـيْـفَ حـَـالـُـكَ؟ How Are You?
Apa khabar (L)?
b: الـْـحـَـمْدُ لِلَِّهِ، أ َنـَا بـِـخـَـيـْـرٍThumbs Up
Alhamdulillah, saya sihat.
b : وَكـَـيـْـفَ حـَـالـُـكِ؟
Awak (P) pula apa khabar?
a : الـْـحـَـمْـدُ لـِلَّهِ، أ َنـَا بـِـخـَـيـْـرٍ
Alhamdulillah, saya sihat.
c : كـَـيـْـفَ حـَـالـُـكـُمــَـا؟
Kamu berdua apa khabar?
a&b : الـْـحـَـمـْـدُ لـِـلـَّـهِ، نـَـحـْـن ُ بـِـخـَـيـْـرٍ
Alhamdulillah kami sihat.

salam perkenalan... ^^


ة/MUHADATHAH/PERBUALAN/KOMUNIKASI/DIALOG - Asas : التـَّــعَــرُّفُ : Perkenalan



* هـَـٰـذ َا لـِــقـَــاءٌ أ َ وَّلٌ لـَــنـَــا، أ َلـَــيـْــسَ كـَــذ َ ٰلـِــكَ؟
* Ini perjumpaan pertama bagi kita, bukankah demikian?
Best Friends

# بـَــلـَــى، لـِــقـَــاءٌ مـُــبـَــارَكٌ إ ِن ْ شـَــاءَ اللهُ
# Memang demikian, perjumpaan yang diberkati lnsya Allah.
Shaking Hands
* لـَــوْ سـَــمـَــحـْــتَ، مـَـا اسـْـمـُــكَ يـَــا أ َخـِــى الـْــكـَــر ِيـْــمُ؟
* Kalau awak mengizinkan, siapakah nama awak hai saudaraku yang mulia?



Cool
# إ ِسـْــمـِــى خـَــيـْــرُ الــدِّيـْــن ِ بـْــنُ الـْــحـَــاج ِ عـَــبـْــدِ الـْــكـَــر ِيـْــمِ
# Nama saya Khairuddin bin Haji Abdul Karim.
Stumble
* مـِـن ْ أ َيِّ مـَــنـْــطـِــقـَــةٍ أ َنـْــتَ جـِــئـْــتَ؟
* Dari daerah manakah awak datang?

# جـِــئـْــت ُ مـِــن ْ مـَــنـْــطـِـــقـَــةِ كـَــلـَــنـْــتـَــانَ، وَأ َنـْــتَ؟
# Saya datang dari daerah Kelantan, dan dari mana pula awak datang?

* وَأ َنـَــا مـِــن ْ إ ِنـْــدُوْنـِــيـْــسـِــيـَّـا، مـِــن ْ مـَــنـْــطـِــقـَــةِ ر ِيـَــاوْ
* Saya dari Indonesia, dari daerah Riau.
Talking Through
# إ ِذ َن ْ، أ َنـْــت َ ضـَــيـْــفٌ لـَــنـَــا، مـَــرْحـَــبـًــا فـِــى بـِــلاَدِنـَــا
# Kalau demikian awak adalah tetamu kami, selamat datang di negeri kami.
Eid Greeting
* أ َيـْــن َ تـَــدْرُسُ اللـُّــغـَّــة َ الـْــعـَــرَبـِــيـَّــةَ؟
* Di manakah awak belajar Bahasa Arab?
Happy
# أ َدْرُسـُــهـَــا فِــى مـَــرْكـَــز ِ تـَــعـْــلـِــيـْــم ِ الـْــقـُــرْءَان ِ وَاللـُّــغـَّــةِ الـْــعـَــرَبـِــيـَّــةِ - اَلـْــمـَــعـْــر ِفـَــه
# Saya belajar Bahasa Arab di Pusat Pengajaran Al-Qur'an dan Bahasa Arab "Al-Ma'rifah".
Valentine heart cloud
* سـَــعـِــيـْــدٌ بـِــالـتـَّــعـَــرُّفِ بـِــكَ
* Saya bahagia boleh berkenalan dengan awak.
# وَأ َنـَــا كـَــذ َ ٰ لـِــكَ
# Saya juga bahagia.


BAHASA URDHU:

Apse milkar hushi hui : Saya gembira bertemu dengan awak! : Nice to meet you!

Terkenang semasa berada di suatu tempat yang penduduknya berbahasa Urdhu, inilah ungkapan 'modal' saya setiap kali bersalaman untuk berpisah. Ya, Allah apa lagi! Dipeluk-peluknya saya dengan penuh gembira, sambil membalas dengan kata-kata yang.....(saya tak faham.....). Saya cuma angguk-angguk, geleng-geleng, senyum-senyum.....indahnya persaudaraan Islam.


 يـَــا عـَــائِــشـَــة ُ، هـَـٰــذِهِ صـَــدِيـْــقـَــتـِــى خـَــدِيـْــجـَــة

@ Hai Aisyah, ini temanku Khadijah.

& أ َهـْــلاً وَسـَــهـْــلاً، كـَــيـْــفَ حـَــالـُــكِ يـَــا خـَــدِيـْــجـَــة

& Semoga anda menjadi keluarga kami dengan segala kemudahan, bagaimana khabarmu hai Khadijah?

@ أ َنـَــا بـِــخـَــيـْــر ٍ اَلـْــحـَــمـْــدُ لـِــلـَّــه، وَمـَــا اسـْــمُــكِ؟

@ Saya baik alhamdulillah, siapakah nama awak?

& إ ِسـْــمـِــى مـَــرْيـَــمُ بـِــنـْــت ُ الـْــحـَــاج ِ حـَــسـَــنْ

& Nama saya Maryam binti Haji Hasan.

@ مـَــا شـَــاءَ الله إ ِسـْــمٌ جـَــمـِــيـْــلٌ، أ َيـْــن َ تـَــسـْــكـُــنـِــيـْــن َ يـَــا مـَــرْيـَــمُ؟

@ Masya Allah nama yang bagus, di manakah awak tinggal hai Maryam?

& أ َسـْــكـُــن ُ فـِى رَقـْــم ِ ٤٨ مـِــنْ شـَــار ِع ِ مـِــيـْــلاَوَاتـِــىْ

& Saya tinggal di nombor 48 Jalan Melawati.

@ إ ِذ َن ْ بـَــيـْــتـُــكِ قــَــر ِيـْــبٌ مـِــنْ هـُــنـَــا

@ Kalau demikian rumah awak dekat sahaja dari sini.

& أ َجـَــلْ، مـِــائَــتـَــان ِ وَخـَــمـْــسـُــوْن َ مـِــتـْــرًا تـَــقـْــر ِيـْــبـًــا

& Ya, lebih kurang 250 meter dari sini.

@ هـَــلْ تـَــسـْــمـَــحـِــيـْــن َ لـِــى بـِــز ِيـَــارَتـِــكِ يـَــا مـَــرْ يـَــمُ؟

@ Apakah awak membolehkan saya mengunjungi awak hai Maryam?

& بـِــكـُــلِّ السـُّــرُوْرِ
& Dengan segala senang hati.

jom belajar bahasa arab...=)


 مـَــاذ َا عـَــمَــلُ أ َبـِــيـْــكَ يـَــا عـُــثـْــمـَــانُ؟

Maazaa ‘amalu abiika yaa Uthman?
@ Apakah pekerjaan ayah awak hai Usman?
Daffodils


& هـُــوَ فـَــلاَّحٌ، لـَــهُ مـَــز ْرَعـَــة ٌ وَاسـِــعـَــة ٌ فـِــى الـْــقـَــرْيـَــةِ


Huwa fallaahun, lahu mazro’atun waasi’atun fil qoryati.
& Dia adalah seorang petani, dia mempunyai sawah yang luas di desa.
Grandpa


@ مـَــاذ َا يـَــز ْرَعُ أ َبـُــوْكَ فـِــى الـْــمـَــز ْرَعـَــةِ؟


Maazaa yazro’u abuuka fil mazro’ati?
@ Apakah yang ditanam ayah awak di sawah?
Corn


& هـُــوَ يـَــز ْرَعُ الرّ ُز ّ وَالذ ّ ُرَّة


Huwa yazro’ur ruzza wazzurrota.
& Dia menanam padi dan jagung.
Epidaurus


@ هـَــلْ هـُــوَ رَئـِــيـْــسُ الـْــقـَــرْيـَــةِ؟


Hal huwa ro’iisul qoryati?
@ Apakah dia seorang ketua kampung?
Uncle

& لاَ، لـَــيـْــسَ هـُــوَ رَئـِــيـْــسَ الـْــقـَــرْيـَــةِ بـَــلْ أ َخـُــوْهُ


La, laisa huwa ro’iisul qoryati bal akhuuhu.
& Tidak. dia bukanlah seorang ketua kampung, tetapi saudaranya yang ketua kampung.


@ هـَــلْ أ َخـُــوهُ فـَــلاَّحٌ أ َيـْــضًا؟


Hal akhuuhu fallaahun aidhon?
@ Apakah saudaranya itu juga seorang petani?
Grad '09 Wakka

& لاَ، لـَــيـْــسَ هـُــوَ فـَــلاَّحـًــا بـَــلْ مـُــدَر ِّسٌ


La, laisa huwa fallaahan bal mudarrisun.
& Tidak, dia bukanlah seorang petani. Sesungguhnya dia seorang guru.


محادثة/MUHADATHAH/PERBUALAN/KOMUNIKASI/DIALOG - Asas : الـْــوَظـِــيـفـَــة: Pekerjaan


@ مـَــا وَظـِــيــفـَــتـُــكَ يـَــا مُــحـَــمـَّــد؟

@ Apakah pekerjaan awak hai Muhammad?
Office
& أنـَــا مـُــوَظـَّــف ٌ حـُــكـُــومـِــيٌّ

& Saya seorang pegawai kerajaan.
@ أيـْــنَ مـَــكـْــتـَــبـُــكَ؟

@ Di manakah pejabat awak?
One Way
& مـَــكـْــتـَــبـِــي فـِــى شـَــار ِع ِ تـُــون عـَــبـْــدُ الـرﱠحـْــمـَـٰــن ِ، كـُــوَلاَ لـُــمـْــفـُــور

& Pejabat saya di jalan Tun Abdur Rahman, Kuala Lumpur.

@ وَهـَــلْ أنـْــتَ مـُــوَظـَّــف ٌ حـُــكـُــومـِــيٌّ أيـْــضـًــا؟

@ Apakah awak juga seorang pegawai kerajaan?
Be Cool
& لاَ، لـَــسـْــتُ مـُــوَظـَّــفـًــا حـُــكـُــومـِــيـًّــا، إنـَّــمـَــا أنـَــا تـَــاجـِــرٌ

& Tidak, saya bukanlah seorang pegawai kerajaan, sesungguhnya saya adalah seorang peniaga.
@ أيـْــنَ دُكـَّــانـُــكَ؟

@ Di manakah kedai awak?

& دُكـَّــانـِــى فـِــى كـُــوتـَــا رَايـَــا

& Kedai saya di Kota Raya.

@ مـَــاذ َا تـَــبـِــيــعَ؟

@ Apakah yang awak jual?
House
& أبـِــيعُ الأ َدَوَات ُ الـْــمـَــنـْــز ِلـِــيـَّـةَ

& Saya menjual barang-barang rumah.


BAHASA URDHU:

Namaz jannah ki kunji hey : Solat anak kunci syurga : مـِــفـْــتـَــاحُ الـْــجـَــنـَّــةِ الـصـَّلاَة

BAHASA URDHU:

Namaz Allah ke khazanah se lenika zeriya he Solat dapat menarik rahmat dari khazanah Allah.

Namaz me syifa' he Solat menyihatkan tubuh badan.

Rujukan:
1. Hj. Mustafa Umar .1997. PERBUALAN BAHASA ARAB PERINGKAT ASAS. Kuala Lumpur : Darul Nu'man. m.s 12-13.
2. Bahasa Urdhu - Amin Bai Pancasila.

Friday, March 15, 2013

kesedihan yang tersirat


Sufiku,
Saat ini, hatiku terlalu sedih. Semuanya terlalu perit dan pedih. Ujian ini benar-benar membuatku terkadang merintih. Seringkali juga mata mengalirkan air putih jernih. Senyum di bibir terlakar, namun hati di dalam luka bagai dicalar.

Setiap malam bangun mengadap Tuhan. Setiap malam menangis dalam keharuan. Pada teman, maaf, tak kan sesekali ku luahkan. Hanya memberi keresahan pada kalian. Hanya pada satu-satunya Rabbi tempat aku mengadu kini. Ujian ini datang dari-Nya. Maka hanya pada-Nya aku berserah.

Ya Rabbi, tenangkan hatiku. Lapangkan jiwaku. Aku terima seikhlasnya ujian-Mu untuk kali ini. Namun aku amat memerlukan ketenangan dalam hati dan kekuatan dalam diri. Aku amat memerlukan-Mu di sisi. Hanya Engkau yang mampu melakarkan senyuman di wajahku. Hanya Engkau yang mampu menyeka setiap titisan air mataku. Hanya Engkau satu-satunya tempat aku mengadu. Beri kekuatan dan sinar kepadaku. Amiinn..

**sakit,perit rasanya..bukan tak ingin untuk mengubati tapi mahu merasa nikmat kesakitan yang orang lain tanggung supaya bila menjadi dr satu hari nanti,dapat menjiwai kesakitan mereka.bukan menzalimi diri,ibadah tetap dilaksanakan malhan lebih dekat lagi supaya Dia dapat menyembuhkan..ALLAH tahu,kini kuberdepan dengan ujianNya..

p/s:ana memang gemar memikirkan masalah orang dan kadangkala masalah sendiri yang tak tertanggung..akibatnya,sakit terasa.hanya mampu tersenyum dengan sokongan dari sahabta sekeliling.kadang kala gah kan juga diri untuk aktif supaya badan ini tidak terlalu manja..
demam kali ini bukan biasa.malahan luar biasa..sebab:
  • berlaku waktu hari lahir yg ke-21
  • walaupun sakit tekak+selsema+batuk,masih tetap merasai nikmat aiskrim(orang belanja/hehe)
  • pergi book fair yang terbesar di cairo
  • pergi mukhaiyam/daurah 4d/3n(mujahidah quwwah)
  • memikirkan masalah yang tiada kaitan dengan diri tapi terasa ada tanggungjawab disitu
sufi,kau sahaja yang mampu mendengar kan..sahabat sejati yang xkan pergi dikala aku memerlukanmu..

Wednesday, March 13, 2013

tanda kiamat (playlist)

BUKTI KEBENARAN QUR'AN - Hakikat Matahari dan Bulan


KEBESARAN ALLAH SWT - PERHITUNGAN ALAM SEMESTA


taufiq pelengkap hidayah =)


copy by : http://warkahbersama.blogspot.com/2012/01/taufik-merupakan-pelengkap-hidayah.html

Cahaya yang menyuluh jalan, menyebabkan aku senang untuk memandu pulang ke rumah. Kereta BMW 5 Series ku, aku pandu laju membelah kepekatan malam. Sudah berbulan-bulan aku tidak menjejakkan kaki ke kampung halaman. Tika aku termenung sendirian, hati kecil aku terdetik, kalau dalam kehidupan, manusia memerlukan cahaya sebagai penyuluh kehidupan lagikan pula kita yang selalu dalam kegelapan. Kita yang jauh dari zaman Rasulullah dan para sahabat. Yang mana mereka adalah pelopor dan pengikut Rasulullah. ‘ ah, aku begitu rindukan zaman itu. Zaman yang di terangi dengan cahaya.’

Bila di renungkan kembali, apabila kita sesat di jalan raya, kita pasti akan bertanya pada seseorang. Kita pasti akan menahan kereta atau kita berhenti sebentar di mana-mana samaada di kedai, mahupun di hentian rawat dan rehat. Kenapa kita nak berhenti? Atas asbab kita mahu bertanya pada yang mahir di mana petunjuk jalan.
Inilah contoh dalam kehidupan seharian kita. Dan ini jugalah conto hidayah Allah di dalam laluan hidup seorang hamba bagi melalui jalan Allah. Tanpa hidayah Allah, manusia tidak akan mendapat petunjuk.

Adakah Taufik Itu Pelengkap Hidayah?

Saya pernah di tanya soalan,

‘ Ustaz, adakah tanpa taufik itu orang tidak akan dapat mengetahui di mana hidayah Allah? Dan bagaimana hendak kita jalankan pabila kita telah mendapat hidayah Allah? Bukankah Allah itu Maha Memahami kepada Hamba-Nya?’

Sebelum itu, saya ingin menjelaskan apa itu akan makna dan maksud taufik itu sendiri.
Kalimah taufik berasal dari perkataan arab iaitu : Waffaqa, yuwaffiqu dan taufiqan.
Dalam kitab Taswuf Imam Ghazali ra, beliau ada menjelaskan mengenai makna taufik.

Taufik di maksudkan dengan pertolongan, petunjuk, kemenangan dan kesejahteraan.

Ia bermaksud, suatu kejayaan dalam melaksanakan dan mendapat kesempurnaan atas setiap amal soleh yang di kerjakan oleh seorang hamba. Taufik adalah kurniaan Allah bagi membimbing insane dalam melaksanakan tuntutan hidayah sehingga manusia mampu mentaati perintah dan berjaya menjauhi larangan Allah.

Soal di mana hidayah ALLAH bukanlah dalam urusan kita. Kita hanya mampu untuk meminta, berdoa supaya Allah mengurniakan kita hidayah tanpa putus.

….. Maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang yang beriman ke arah kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), dengan izinNya. Dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus (menurut undang-undang peraturanNya). [sebahagian firman Allah surah al-baqarah ayat 213]

Taufik sama luas dengan hidayah daripada Allah dalam melaksanakan tuntutan syara’. Dalam membicarakan soal hidayah, ulama tafsir sebagaimana yang telah di bahaskan dalam tafsir munir oleh Dr Wahbah, hidayah terdiri daripada beberapa pecahan iaitu hidayah ilhami, hidayah hawasi, hidayah aqli, hidayah deeni dan hidayah taufiqi.

Oleh itu, memilih agama yang berada di dalam hak dan ketaaran memerlukan seorang hamba sentiasa memohon seupaya si kurnaiakan keupayaan seperti itu.

Hidayah dan Taufik Berjalan seiring

Dulu, tok ayah pernah berkata pada saya.

‘ad, sini kejap.’

‘ ada apa tok?’

‘ apa yang ad faham dengan taufiq dan hidayah Allah?’

Masa ni saya kecil lagi. Saya hanya menggelengkan kepala tanda saya tidak mengerti.

‘ cuba Ad tengok penciptaan langit dan bumi, semuanya berpasangankan? Yang langit pasangan dengan bumi, yang lelaki pasangan dengan wanita, cinta pasangan dengan benci. Dan, hidayah juga ada pasangannya iaitu taufik. Jika tidak ada salah satu, maka tidak lengkaplah hidup kita ni.’

‘ tok, apa tu hidayah, apa pula dengan taufik?’

‘Hidayah ni, adalah satu pemberian yang amat besar untuk diri kita. Iaitu cahaya. Taufik pula adalah satu cara yang bagaimana kita nak jalankan. Bagaimana kita nak atasi. Cuba Ad lihat jalan sekarang ni, ada cahaya bulan kan?’

Saya hanya mengganguk kepala.

‘ Setiap cahaya bulan yang menyuluh ke bumi, mesti ada tujuannya. Iaitu untuk memberi bantuan pada kita berjalan di atas muka bumi di kala dalam kegelapan. Cahaya bulan nil ah yang menolong kita atas arahan Allah supaya menyuluhkan cahayanya ke bumi. Tanpa arahan dari Allah, bulan tidak akan menyuluh pada diri kita supaya jalan yang kita lalui ini di terangi. Sama jugalah macam taufik dan hidayah Allah. Kita haruslah sentiasa meminta dari Allah taufik dan hidayah Allah. Supaya kita tidak tempang semasa dalam perjalanan.’
‘Habis tok yang macam sekarang ni. mereka dah Islam tapi tak jalankan syariat Islam. Macam mana? Tak pakai tudung, berzina sana sini. Macam mana tu tok? Adakah mereka tidak dapat hidayah atau tidak dapat taufik Allah?’

‘ Orang yang dah dalam agama Islam ni dah dapat hidayah Allah Ad, Cuma mereka tidak dapat taufik Allah.’

Saya tersenyum sendirian. Sebab sebelum ini akal saya hanya memikirkan. Hidayah itu milik Allah. Dan tanpa hidayah kita tidak boleh berjalan dan menyuluh kehidupan diri kita. Rupanya sekarang, hidayah dan taufik Allah adalah beriringan. Tanpa satu, tempanglah kita. Tabarakallah. Semoga Allah redha.

Nabi Syuaib berkata: "Wahai kaumku! Bagaimana fikiran kamu, jika aku berdasarkan bukti yang nyata dari Tuhanku, dan Ia pula mengurniakan daku pangkat Nabi sebagai pemberian daripadaNya, (patutkah aku berdiam diri dari melarang kamu) sedang aku tidak bertujuan hendak melakukan sesuatu yang aku melarang kamu daripada melakukannya? Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali. [Hud :88]