a:hover color:#FF6699; background:url http://dl5.glitter-graphics.net/pub/590/590935ankbyj1xx4.gif ;background-repeat: repeat; text-decoration:underline;

Search This Blog

Wednesday, March 6, 2013

hukum tajwid~mim sakinah~


Bagi Mim Sakinah (Mati) terdapat 3 jenis hukum iaitu :
       1.   Idgham Syafawi (Idgham Mithlain)
       2.   Ikhfa’ Syafawi
       3.   Izhar Syafawi

1.         Idgham Syafawi (Idgham Mithlain)

Huruf             =          Terdiri daripada 1 huruf iaitu : 
م
 Makna            =          Memasukkan huruf pertama yang bertanda mati ke dalam huruf berikutnya yang berbaris dan menjadikan huruf berikutnya bersabdu serta terangkat lidah ketika menyebutnya.
 Hukum          =          Apabila Mim Mati ( مْ ) bertemu dengan Huruf Mim ( م )pada lain kalimah, dimasukkan huruf Mim Mati ( مْ ) ke dalam huruf Mim Berbaris ( م dan dibaca dengan Dengung


2.        Ikhfa’ Syafawi
 Huruf             =          Terdiri daripada 1 huruf iaitu : 
ب
 Makna            =          Ikhfa’ bermaksud Tersembunyi. Membaca huruf yang sifatnya antara Izhar dan Idgham tanpa sabdu serta mengekalkan sifat dengung pada huruf pertama         
 Hukum          =          Apabila Mim Mati ( مْ ) bertemu dengan Huruf (ب )  pada lain kalimah, dibunyikan huruf Mim Mati  (مْ ) antara bunyi Izhar dan Idgham dan dibaca dengan Dengung

 3.         Izhar Syafawi
 Huruf             =          Terdiri daripada 26 huruf iaitu : 
ر
ذدخحجثتا
غ
عظطضصشس
ز
 يهونلكق
ف
 Makna            =          Mengeluarkan sebutan setiap huruf dari makhrajnya tanpa dengung.        
 Hukum          =          Apabila Mim Mati ( مْ ) bertemu dengan Huruf-huruf selain daripada  م dan ب  pada lain kalimah, sebutan Mim Mati ( مْ ) dijelaskan dan dibaca secara Jelas dan Nyata Tanpa Dengung  

No comments:

Post a Comment