Assalamualaikum w.b.t
Berbicara tentang cinta pasti mengundang pelbagai rasa di dalam hati kita. Ada yang suka, ada yang menyampah, ada juga yang girang tersenyum sendiri. Sekali lagi nuya ingin mencontengkan cerita cinta manusia. Cerita cinta yang mungkin sedang anda alami dan tidak mustahil juga untuk nuya alaminya sendiri. ngee~ Indah kan kedengaran bila bicara cinta ini berlabuh di dalam hati.
Cinta rahsia. rasa asing membuai hati yang tidak diluahkan kepada empunya diri. rasa yang hanya berbunga di dalam hati sendiri. Cinta rahsia ada indahnya dan sakitnya juga tetap singgah. Indah pabila cinta rahsia ini dapat dirasai oleh si dia tanpa perlu kita berbicara. Terlebih indah jikalau cinta rahsia ini tidak lagi rahsia dan melangkah ke suatu fasa yang lebih barakah,,perkahwinan.
Namun,,cinta rahsia ini akan merasa sakitnya apabila rasa unik ini di berikan kepada seseorang yang hanya mampu dipandang tetapi tidak dapat di kongsi bersama keunikan itu. Dalam erti kata mudah,,rasa cinta kepada mereka yang tidak tahu menghargai dan not the one to us. Sakit bila hanya kita yang membina impian indah,,menggarap pelangi rindu sedangkan ‘dia’tidak sedikit pun menoleh untuk melihat kita di sini.
Some people said that, love will be more meaningful if we had told the one we love about the feeling. but the most beautiful if we kept that feeling and one fine day the person will realize by him/herself. they realize it and share the same feeling with us. they realize that we are the one for them and they are meant to us.
Cinta rahsia yang sangat manis. mencintai seseorang tidak seharusnya diluahkan. Andai dia turut berkongsi rasa yang sama, yakinlah janji ALLAH itu pasti. Jadi, yakinlah dia pasti menggunakan saluran yang sebetulnya untuk meluahkan rasa tersebut. seorang lelaki yang beriman pada ALLAH tidak akan mempermainkan perasaan wanita yang harus mereka lindungi dengan kata-kata manis terlebih gula. kata-kata yang hanya sekadar dibibir bukan di hati. Cinta yang tidak diluah itu sangat indah. kekerapan luahan rasa di halwa telinga pasti akan memudarkan manisnya perasaan itu mengikut putaran waktu. sementelah rasa kasih dan sayang kita pada seseorang tidak seharusnya terhad pada dengan hanya kata-kata. Malah perlakuan itu sudah cukup menzahirkan perasaan. Namun wanita ini kadangkala silap mentafsir. khilaf menelah. buta untuk melihat rasa yang dizahirkan dengan perlakuan. Wahai wanita,,janganlah kamu merendahkan martabat dirimu dengan merayu-rayu pada suatu perasaan yang tidak pasti menjadi milik kite. Diamkanlah. Kerana andai benar janji Allah dia untukmu, yakinlah dia pasti membimbingmu dan anak-anak kamu ke jalan yang diredhai-Nya. Bersama mengharmonikan institusi keluarga. menjadi sahabatmu di dunia dan insyaAllah juga di Jannah. Seandainya dia yang kamu zahirkan rasa aneh itu bukan untukmu,,,usah bersedih mahupun ditangisi semua itu. kerana Dia telah mengaturkan yang sebaiknya untukmu. Carilah kebahagiaan secara total dengan mendahulukan rasa cinta mu itu pada yang Esa.
Wahai sahabat sekalian,,berpada-pada lah memberi rasa cinta itu.
note di pinggir jalanan rerama,,,,:
entry khas request from kamu encik si putih.even cite ni cam xde kaitan and merapu (idea pada 2masa & tempat yang berbeza),,tapi the title still as u wish kan.ngee~
cont,,as a guy kamu yang perlu punyai keberanian untuk meluah rasa pada the One. betol,,seandainya dia untuk kita,,sejauh mana pun kite lari or mengelak,tetap menjadi milik kite suatu hari nanti. tapi semua itu perlukan usaha juga kan..nOktah.
maybe its too late but,,saye still garapkan even kamu maken jauh,,,
maybe its too late but,,saye still garapkan even kamu maken jauh,,,
garapan nukilan hati si rerama yang lost,,tidak ditujukan kepada sesiapa.
No comments:
Post a Comment