a:hover color:#FF6699; background:url http://dl5.glitter-graphics.net/pub/590/590935ankbyj1xx4.gif ;background-repeat: repeat; text-decoration:underline;

Search This Blog

Friday, July 5, 2013

motiVasi maGneT diRi~koNgsi peNgalaMan di teenACE lagi^^

okey next slot telah disampaikan oleh Amin Idris..sape tak kenalkan..kalau tak kenal bolehla tengok website beliau..hehe http://www.aminidris.com/ver2/
cara dia bagi motivasi memang best seronok dan tak bosan langsung..kita pon bole awet muda sebab asyik tergelak..haha^^ cari ilmu sambil senang hati memang seronok kn..huhu
hurm awak dan awak pon bole jugak beli buku motivasi amin idris ni..serious tak rugi^^ kalau nak tao buku apa..just klik pd link ni jer..hee( http://www.aminidris.com/ver2/ )
that most important yang perlu kita letak dalam jiwa kita ialah

 AKU TAHU APA YANG AKU MAHU
DAN AKU MAHU APA YANG AKU TAHU

so,kite kenala letak target, visi dan misi untuk setiap hari yang bakal kita lalui..if you have a clear vision, you have no time to take break..sbb kite da rancang apa sasaran kita hari ini dan esok..kita perlu tahu semakin besar kejayaan yang ingin kita bina semakin besar pengorbanan yang perlu kita lakukan^^
so dare to dream big^^ berani berangan benda yang orang kate 'giler ke kau ni?' so, just do it..
itu maksudnya awak hebat dan hebat sangat sebab mampu membina hidup awak yang awesome walaupon hanya dalam sebuah khayalan..kalau ade yang memperlekehkan..awak just perlu senyum and say "so what?? kau ader?"
imaginasi tu penting k sebab ia mempengaruhi emosi..dan emosi akan mempengaruhi aksi kita..so tolong la berimaginasi =)
just be SMART
Specific
Measurable
Action
Relavant
Time frame 
kenapa saya kata biarkan merka kata kita gila?? sebab rasulullah juga berimaginasi bukan^^
okey jom kite follow kisah ni by http://johneox.wordpress.com/kisah-mimpi-nabi/

{Mimpi adalah sesuatu yang sering dialami oleh setiap manusia terutamanya di waktu sedang tidur. Adakala mimpi itu buruk dan ada pula yang baik. Apabila bermimpi sesuatu yang baik seperti sedang membaca Al-Quran,solat, disanjung orang dan seumpamanya, ucapkanlah syukur dan memuji Tuhan. Sebaliknya jika ia mengerikan dan menakutkan sehingga membuat kita keluh kesah, segeralah mengucap istighfar dan keampunan kepada Allah SWT. 
Kadang-kadang mimpi itu akan menjadi kenyataan dan kadang-kadang ianya mainan tidur. Ulama-ulama dan wali Allah sering dapat melihat alam ghaib seperti suasana di dalam kubur (seksa dan nikmat) melalui mimpi. Petikan dari sebuah hadis yang telah disebut oleh Imam As Sayuthi, Al Tabrani, Al Hakim At Termizi dan Al Isfahani dalam kitab mereka yang bermaksud: 
Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi yang ajaib malam kelmarin. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi oleh Malaikat Maut untuk mengambil nyawa, maka malaikat itu telah terhalang oleh ketaatannya kepada kedua ibu bapanya. 
Aku melihat juga seorang dari umatku telah disediakan untuk menerima seksa kubur, maka dia telah diselamatkan oleh kesan wuduknya. 
Aku melihat juga seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan, maka ia telah dibebaskan dari bahayanya oleh berkat zikrullah. 
Aku melihat juga seorang dari umatku diseret oleh Malaikat Azab maka segera muncul solatnya serta melepaskannya dari azab tersebut. 
Aku melihat juga seorang dari umatku sedang ditimpa dahaga yang teramat sangat, setiap kali ia mendatangi sesuatu perigi, dihalang untuk meminumnya, maka segera datang puasanya serta memberinya minum hingga ia merasa puas. 
Aku melihat juga seorang dari umatku yang mengunjungi kumpulan para nabi, yang ketika itu sedang duduk berkumpul-kumpul, setiap kali dia mendekati mereka, dia diusir dari situ, maka menjelmalah mandi junubnya sambil memimpinnya ke kumpulan itu seraya menunjukkan supaya duduk di sisiku. 
Aku melihat juga seorang dari umatku dikabusi oleh suasana gelap, di hadapannya gelap, di kanannya gelap, di kirinya gelap, di atasnya gelap, di bawahnya juga gelap, sedang ia dalam keadaan bingung. Maka datanglah pahala haji dan umrahnya, lalu mengeluarkan dari suasana gelap-gelita itu lalu memasukkannya ke dalam suasana terang-benderang. 
Aku melihat juga seorang dari umatku berbicara kepada Mukminin, akan tetapi tidak seorang pun dari mereka yang mahu berbicara dengannya, maka menjelmalah silaturrahimnya seraya menyeru orang-orang itu, katanya: Wahai kaum Mukminin sambutlah bicaranya, lalu mereka pun berbicaralah dengannya. 
Aku melihat seorang dari umatku sedang menepis-nepis bahang api dan percikannya dari mukanya, maka segera datanglah pahala sedekahnya lalu melindungi muka dan kepalanya dari bahaya api itu. 
Aku melihat juga seorang dari umatku sedang diseret oleh Malaikat Zabaniah ke merata tempat, maka menjelmalah Amar Makruf dan Nahimunkar seraya menyelamatnya dari cengkaman neraka serta menyerahkannya pula kepada Malaikat Rahmat. 
Aku melihat juga seorang dari umatku sedang merangkak-rangkak, antaranya dengan Tuhan dipasang tabir, maka menjelmalah budi pekerti seraya memimpinnya sehingga dibuka pemisah tadi dan masuklah ia ke hadrat Allah Taala. 
Aku melihat juga seorang dari umatku terheret ke sebelah kiri oleh buku catatannya, maka menjelmalah perasaan kasih kepada Allah menukarkan tujuan buku catatan itu ke arah kanan. 
Aku melihat juga seorang dari umatku terangkat timbangannya, maka menjelmalah anak-anaknya yang mati kecil lalu menekan timbangan itu sehingga menjadi berat. 
Aku melihat juga seorang dari umatku sedang berdiri di pinggir Jahanam, maka menjelmalah perasaan gerunnya terhadap seksa Allah Taala lalu membawa jauh dari tempat itu. 
Aku melihat juga seorang dari umatku terjerumus ke dalam api neraka, maka datanglah air matanya yang mengalir kerana takut kepada Allah Taala lalu menyelamatkanya dari api neraka itu. 
Aku melihat juga seorang dari umatku sedang meniti sirat manakala seluruh tubuhnya bergoncang seperti bergoncangnya dedaun yang ditiup angin, maka menjelmalah baik sangkanya terhadap Allah Taala lalu mententeramkan kegoncangan itu lalu dengan mudah meniti hingga ke hujung titian itu. 
Aku melihat juga seorang dari umatku sedang meniti atas titian sirat, kadangkala ia merangkak dan kadangkala ia meniarap, maka menjelmalah solat menyeru kepadaku lalu aku memimpin tangannya dan mengajaknya berdiri dan meniti hingga ke penghujung titian itu. 
Aku melihat juga seorang dari umatku sedang hampir tiba di pintu syurga, tiba-tiba pintu-pintunya ditutup, maka menjelmalah penyaksiannya bahawa tiada Tuhan melainkan Allah lalu membukakan pintu-pintu syurga itu untuknya sehingga ia boleh memasukinya. 
Aku melihat ada ramai orang yang digunting-gunting lidahnya, maka aku bertanya kepada Jibril siapakah mereka itu, maka Jibril menjawab: Mereka itulah orang-orang yang suka ‘membawa mulut’ ke sana ke mari. 
Aku melihat juga orang-orang yang digantung dengan lidah-lidah mereka, maka aku bertanya Jibril siapakah mereka itu, maka Jibril menjawab: Mereka itulah orang-orang yang melempar tuduhan terhadap kaum Mukminin dan Mukminat dengan tuduhan tanpa bukti dan palsu.}
tahukah anda dalam ilmu kejayaan, kita perlu mempercayai dengan sebenar-benarnya, barulah kita dapat melihat hasil yang bakal berlaku. Inilah yang dikatakan keyakinan iaitu kepercayaan yang sepenuhnya bagi menghidupkan sebuah realiti.
Jadi walau apa juga keadaan anda ketika ini, walaupun seribu kepedihan yang anda alami pada hari semalam. Lupakan kepedihan tersebut. Bulatkanlah tekad anda untuk lebih berjaya. Jangan sekali-kali takut untuk memasang impian. Bermimpilah dengan sebesar-besar impian. Jangan bataskan kemampuan diri anda hanya disebabkan anda membataskan impian anda. Semakin besar impian anda semakin besar peluang kejayaan untuk anda.
Jadi beranikanlah untuk bermimpi dan berimaginasi sebagai langkah pertama untuk menikmati di alam realiti.
yang penting kita jangan sesekali berputus asa dengan kegagalan yeng pernah kita lalui..sebab orang yang pernah berjaya pada hari ini juga pernah gagal..^^ jom kita tengok video ni..
kita boleh jadikan kisah hidup mereka sebagai inspirasi kita untuk TIDAK JATUH..
come on dear..beleive yourself okey^^
so just make a big dream k..and jangan lupa TULISKAN target awak dan awak..alhamdulillah saya dah tulis mimpi2 saya dalam 100 target walaupon belum cukup 100..alhamdulillah jugak hampir kesemuanya menjadi realiti..jom kite same2 tulis mimpi2 kita^^ okey before diri ini mekakhiri post kali ini..saya nak ajak awak dan awak tengok video terakhir ni..have a fun okey..^^




Thursday, July 4, 2013

maSam ManiS di DewaN kriStaL TM =)

assalamualaikum semua..^^ apa khabar pagi ini..harap sihat2 aja ya..hee dah lama rasanya tak update blog ni..almaklumlah..sibuk je bulan ni (walaupun tak berapa nak sibuk try jugak menyibukkan diri..)haha
okey2..melalut pulak kali ni
hurm sebenarnya....sebenarnya..."sebenarnya saya isteri dia.".hehe ><
eyh bukan..bukan..sebenarnya pagi ni nak share sikit input2 ape yang saya dapat dari program langit ilahi sabtu dan ahad lepas..iaitu program teenACE..teen AWARDS, CONVENTION, & EXHIBITION..
iyerla
sabda rasulullah saw :
بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً وَحَدِّثُوا عَنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ ، وَلاَ حَرَجَ ، وَمَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ 
"sampaikan dariku walau satu ayat, dan ceritakanlah (apa yang kalian dengar) dari kisah-kisah Bani Isra'il dan itu tidak mengapa (iaitu tidak berdosa walaupun ia tidak sahih dengan syarat memberitahu ia kisah Bani Israil dan bukan hadith). Dan siapa yang berdusta atasku dengan sengaja (iaitu menyebarkan hadith Nabi tanpa memastikan ia sahih terlebih dahulu) maka bersiap-siaplah menempati tempat duduknya di neraka". 

jadinya sementara ada peluang dan ruang ni..saya nak share jugakla apa yang saya dapat hari tu..insyaAllah dapat memberi manfaat kepada awak dan awak..walaupon sikit^^ juga kepada diri yang sedang mencoret ni..hee
okey..mase mula2 sampai..seriously rasa macam tak percaya je akan melihat sendiri orang yang hebat2 ni di depan mata..alhamdulillah..allah bagi diri ini peluang bersama orang yang hebat2..=)
first slot pagi tu disampaikan oleh CEO program tu sendiri iaitu Hilal Asyraf yang da kali keberapa menulis buku khas untuk menyelamatkan remaja dari zaman yang sangat mencabar ni..cewah..tapi tu la hakikat..
jadi saya cadangkan belilah buku beliau..memang seronok ^^ antaranya "sebelum aku bernikah,untuk kita pendosa,sinergi,langit ilahi" dan banyak lagilah bole tengok dekat 
kadang2 kita selalu merasakan bahawa kita ini masih muda, masa masih panjang atau kita ini tidak pentingpon..
awak dan awak..siapa kate kita tidak penting..taukan Allah jadikan sesuatu itu bukan sia2?hurm cume kita je yang boleh pilih sama ade kita ni bermakna atau sia2..choice is in our hands right?
awak..awak taokan kita adalah amanah untuk mase depan Islam..^^
jadi kita perlu FIKIR, TAHU & FAHAM siapa kita 5thn akn datang?
pakar psikologi?hurm psikolgist yang mcm mane ye? yang bole membantu masyarakat dan agama atau vice versa..jadi kita perlu pasang strategi kita hari ini ..RANCANG sebaik baik baiknya dan LAKSNAKANLAH lah..jangan rancang je tapi tak buat..tak jadi jugak kan..huhu
so that kita bole tahu matlamat kita dengan jelas sama ada dalam jangka pendek dan juga jangka panjang..
so just grab PELUANG, MASA, TENAGA,& KREATIVITI yang kita ada hari ini ^^
ini kerana kita adalah perintah ALLAH yang berfirman :


وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً ۖ قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ ۖ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ
{ و } اذكر يا محمد { إذ قال ربُّك للملائكة إني جاعل في الأرض خليفة } يخلفني في تنفيذ أحكامي فيها وهو آدم { قالوا أتجعل فيها من يفسد فيها } بالمعاصي { ويسفك الدماء } يريقها بالقتل كما فعل بنو الجان وكانوا فيها فلما أفسدوا أرسل الله عليهم الملائكة فطردوهم إلى الجزائر والجبال { ونحن نسبِّح } متلبسين { بحمدك } أي نقول سبحان الله وبحمده { ونقِّدس لك } ننزهك عمالا يليق بك فاللام زائدة والجملة حال أي فنحن أحق بالاستخلاف { قال } تعالى { إني أعلم ما لا تعلمون } من المصلحة في استخلاف آدم، وأن ذريته فيهم المطيع والعاصي فيظهر العدل بينهم فقالوا لن يخلق ربنا خلقاً أكرم عليه منا ولا أعلم لسبقنا له ورؤيتنا ما لم يره فخلق الله تعالى آدم من أديم الأرض أي وجهها، بأن قبض منها قبضة من جميع ألوانها وعجنت بالمياه المختلفة وسوَّاهُ ونفخ فيه الروح فصار حيواناً حسَّاساً بعد أن كان جماداً.

And [mention, O Muhammad], when your Lord said to the angels, "Indeed, I will make upon the earth a successive authority." They said, "Will You place upon it one who causes corruption therein and sheds blood, while we declare Your praise and sanctify You?" Allah said, "Indeed, I know that which you do not know."
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".
so, grab it! ^^



pastikan kita beriman dengan apa yang kita faham bukan beriman dengan perasaan k..
mungkin akan ada yang berkata "iman kita ni turun naik,mcmmana nak istiqamah?"

betul awak..iman kita kejap naik kejap turun..tapi istiqamah itu boleh dilakukan dengan iman yang naik begitu banyak kemudian ia turun sedikit dan selepas itu ia bertambah dengan lebih lagi dan turun sedikit..seterusnya bertambah melebihi yang sebelumnya kemudian ia turun dan terus berulang^^ insyaallah akan terus istiqamah..

bukan naik sedikit kemudian turun dngan banyak naik sedikit turun dengan lebih banyak..no no no...
hee just peringatan untuk diri ini yang sering leka dan alpa..juga kepada awak dan awak yang jauh dari sudut hati masih mahu berubah kepada kebaikan..insyaAllah ^^

Thursday, June 27, 2013

KENALI WANITA MELALUI MATA


PSYCHOLOGY
Saiz mata kecil
Peramah, banyak cakap, kurang pertimbangan.
Lelaki boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya. Bersikap periang tapi bila marah lambat sejuknya. Bila bercinta suka tukar pasangan kerana hatinya tidak pernah puas. Boleh bahagia dengannya jika dapat penuhi kehendak duniawinya dan melayan syahwatnya dengan baik.
Saiz mata sedang
Sederhana, tidak banyak berahsia, ada pertimbangan, bertanggungjawab serta perlukan belaian mesra suami.
Saiz mata lebar
Cukup kuat berahsia, otak kurang cergas, pemarah,bertindak tanpa fikir panjang, kurang teratur, tiada arah tujuan dan putus asa.Tapi boleh setia. Nafsu syahwat tinggi.
Mata selalu berkedip
Pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan sabar.
Wanita ini baik
Mata jarang berkedip
Wanita ini istimewa, bijaksana, baik pekerti, setia, adil,bertanggungjawab,tidak cerewet, membantu dan membahagiakan.
Mata cengkung
Kurang memuaskan, materialistik,hidup dengannya boleh sengsara, kata manis tapi bohong, mahu senang, mudah curang, bila anda susah dia tidak peduli.
Mata redup
Wanita ini mudah dipermainkan, tidak dapat kawal emosi, hati
tidak tetap, banyak kenalan kurang sahabat, mengumpat, irihati, kejam, kasar,mencemuh, pemarah.
Matanya seolah tersembul keluar
Sifatnya baik, rela, tabah, menyenangkan,ikut kata. Tapi mungkin tidak tepati janji, pendendam, tamak dan marah bila tidak puas nafsu syahwatnya.

KENALI LELAKI MELALUI RAMBUT


FACULTY PSYCHOLOGY
by http://www.blogger.com/profile/18074980274353944578
1RAMBUT LURUS – bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu,dan berpontensi dalam bidang kesenian.
2) RAMBUT KERENTING TEBAL- kurang bijak, degil, cemburu kuat, romantic, banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri.tidak suka termenung,
3) RAMBUT KERENTING NEGRO- bijak, ego, cemburu buta, romantic , memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah.
4) RAMBUT IKAL MAYANG- bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaaf kan seseorang dengan kesilapan lalu.
5) RAMBUT HALUS/LEMBUT- bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh.
6) RAMBUT SIKIT- bijak, sentiasa berfikiran negetif pada seseorang, ego, dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil.
7) RAMBUT PERANG- kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf, sosial dan bijak lari daripada masalah.
8)RAMBUT TEBAL- bijak, degil, cemburu, romantic, kasar, banyak kawan, dan pandai mengambil hati seseorang.
9) RAMBUT KUSUT- sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak memaafkan seseorang, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa pertolongan.
10) RAMBUT BERUBAN-kurang bijak, suka termenung, sosial sikit, berfikiran terbuka dan pandai selesai kan masalah diri

Peluang Pekerjaan Buat Graduan Psikologi


Pengenalan

Psikologi adalah himpunan bidang akademik, klinikal dan perindustrian yang berkenaan dengan penjelasan dan ramalan mengenai tingkah lakupemikiranemosimotivasi,hubungan peribadikeupayaan dan patologi.
Psikologi boleh dikatakan bahawa pelbagai bidang berkait yang duduk di bawah nama yang sama termasuk:

Prospek Bidang Kerjaya Psikologi

Pelajar yang mengikuti bidang psikologi mempunyai bidang pekerjaan yang amat meluas.Pelajar yang mengikuti bidang pengajian psikologi boleh menempatkan diri di dalam sektor kerajaan dan swasta.Antara bidang yang boleh di ceburi dalam psikologi adalah;

Bidang Kaunseling ;
1)Kaunselor Di sektor awam dan swasta
2)Perunding Kerjaya Motivator
3)Pegawai Anti dadah
4)Perunding Cara
5)Penasihat Kerjaya

Bidang Industri & Organisasi
1)Pegawai sumber manusia
2)Pegawai Personal
3)Pegawai latihan
4)Pegawai penyelidikan
5)Pegawai Pembangunan
6)Pegawai Perangkaan
7)Pegawai Bank (Bahagian Trtentu)

Bidang Sosial
1)Pegawai Sosial
2)Pegawai Kebajikan Masyarakat
3Pegawai Pembangunan penduduk

Bidang Perkembangan
1)Guru
2)Pegawai bagi pendidikan Khas
3)Pegawai Perunding keluarga/kanak-kanak/remaja/dewasa/orang tua
4)Pegawai Runding Cara
5)Pegawai Penasihat.

Thursday, June 20, 2013

Sebelah Sayap


seriusly..bagus sangat sangat video ni..betulla kita bila nak berdakwah ni kene secara berhemah macam rasulullah berdakwah..=)
baru la orang bole menerima..kalau kite wat secara kasar dan keras..mmg buang air liur kite jela kan..dan menambahkan masalah dia je..bagus video ni mengingatkan kita yang sering terlupa..=)

Mat Luthfi | Video Terbaik dari beliau

Parodi Forum Suara Mahasiswa

Wednesday, May 29, 2013

unGkapAn haTI~ exclUsiVe fOr mY sWeeTy :)


dengarlah sejenak, aku ingin bicara
tentang cerita cinta, di antara kita
dan kamu harus tahu, aku sayang padamu
dan lebih dari itu, aku sangat mencintaimu
kau kisah indah dalam hidupku
dan kau dengarkanlah ungkapan isi hatiku
ku ingin milikimu dirimu
ku ingin mendapatkan mu
sampai akhir hayatku
ku kan setia menunggumu
dan kamu harus tahu, aku sayang padamu
dan lebih dari itu, aku sangat mencintaimu
kau kisah indah dalam hidupku
kau dengarkanlah ungkapan isi hatiku
ku ingin milikimu dirimu
ku ingin mendapatkan mu
sampai akhir hayatku
ku kan setia menunggumu

Friday, May 3, 2013

tazkirah subuh... :)

لئن شكرتم لأزيدنكم ولئن كفرتم إن عذابي لشديد


“ Jika sekiranya kamu bersyukur, nescaya aku tambahkan untuk kamu nikmatku dan jika sekiranya kamu kufur, maka ketahuilah azabku sangat pedih”
(Surah Ibrahim: Ayat 7)

Bersyukur atas nikmat Allah, Allah janjikan tambahan. Nikmat Allah sangat banyak dan tidak mampu dihitung. Orang-orang selalu ditarghibkan supaya bersyukur kerana dia mendapat razeki harta benda, sihat tubuh badan, ada anak yang sihat, ada kereta dan rumah yang selesa, dapat pekerjaan yang baik dan bermacam-macam lagi nikmat dunia. 

Dengan semangat supaya segala nikmat itu ditambahkan lagi, seseorang sangat memerhati syukurnya. Lalu dia mengucapkan "Alhamdulillah!". Kemudian dia menggunakan nikmat itu sesuai dengan kehendak Allah SWT. Itulah dua jalan bersyukur yang sering disyarahkan para asatizah dalam televisyen dan radio-radio menerusi slot motivasi dan kuliah.

Kuliah Subuh pagi ini di masjid Al-Fajr disampaikan oleh Sdr. Nurdin dengan mengubah dimensi kefahaman bersyukur atas nikmat tersebut kepada dimensi akhirat. Sebagaimana dinyatakan dalam surah Al-Fatihah, kita memohon agar Allah memberikan kita hidayah ke jalan lurus yang telah diikuti oleh orang diberikan nikmat ke atas mereka. Menerusi tafsiran dengan ayat Quran yang lain, golongan yang diberikan nikmat itu tidak lain tidak bukan adalah empat golongan iaitu:
a) Para Nabi
b) Para Siddiqin
c) Para Syuhada.
d) Orang-orang Soleh.

Nikmat apa yang dikurniakan kepada mereka sehingga kita disuruh minta supaya jadi seperti mereka? Sudah tentu ia bukan nikmat harta, anak-anak, tubuh badan, rumah, pakaian, negeri dan kekuasaan atau sebaginya urusan duniawi. Jika kita menelaah perolehan terbesar mereka yang disifatkan nikmat, ia adalah nikmat iman dan Islam. Inilah dua nikmat terbesar daripada Allah kepada kita yang jarang kita rasa mahu bersyukur mengenainya melebihi rasa syukur kita kepada pencapaian dunia kita.

Sepatutnya, rasa sykur itu patut dialirkan sebanyak-banyaknya buat menginsafi dua nikmat agung ini. 

Alhamdulillah aku dilahirkan Islam!
Alhamdulilah aku ditentukan jadi orang beriman!
Kekalkan Islam dan iimanku selama-selamanya wahai Allah!

Marilah kita bersyukur untuk soal akhirat kita. Jangan hanya bersyukur untuk benda fatamorgana yang bakal sirna.

Monday, March 25, 2013

mencari cinta hakiki~ =')

semalam...mase tenga dress up untuk bacaan yassin, pakcu masuk bilik..ha tp mase tu makcu pon ade jugak..tetibe pakcu tanye "akak da ade boyfren ea?" aku sengih je..hurm mase tu aku pon ta pasti nak cakap macam mane.."kenape?" tu je yg mampu aku tanye...pakcu cakap care makeup aku da lain..hahaha..ta tao pulak ade perbezaan..hee..then pakcu tanye lagi siapa name si dia...hee mule2 aku segan nak cakap..p aku cakap jugakla..sbb pakcu macam serius jer...
pakcu angguk dan angguk.."dia ade tahi lalat kat muka..suke senyum..jujur..mudah percaya orang..tapi akk jangan la ambil kesempatan pulak dengan kepercayaan dia kat akak..nanti dia tak akan percaya da.." aku tergelak besar..pelik macam mane pakcu tao dia suke senyum.."yerke pakcu..akak tak pasti sangat sebab akak betol2 kenal dia lepas abis sekolah.."merah padam muke aku..segan jugak..hahaha.."sebenarnye dia da lame nakkan akak.." aku terdiam jugak..wah berdebar betul mase tu.."lelaki macam tu susah nak dapat...akak jangan kecewakan dia pulak.."
ya allah aku betul2 nak menangis mase tu..bukan ape...pada mulenye aku betul2 keliru..aku ta pasti same ade allah datangkan dia pada aku sebagai ujian untuk menguji cinta yang aku pendam selama 3tahun ni atau sebagai pegganti / anugerah untuk aku..seriously aku keliru..aku takut aku tewas dengan ujianNya..tapi aku percaya Dia sentiasa mendengar bisikan hati ini..dan aku juga percaya ape yg pakcu katakan semalam tu adalah jawapan dariNya..ya allah..jika ia benar..aku bersyukur sangat dan amat sangat..aku berharap ya allah jika dia adalah pengganti cinta yang kupendam dahulu..kau peliharalah kami ya allah..peliharalah kami dari segala maksiat dan kejahatan dunia..berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat..aku akan cube belajar untuk menerima orang yang mencintai aku kerana aku tahu mencintai orang yang tidak mencintai kita amatlah pedih rasenye..terima kasih Allah... =')

Friday, March 22, 2013

Putih-Putih Melati - ST12


Lirik Lagu Putih-Putih Melati - ST12

on 11 FEBRUARY 2013


Lirik Lagu Putih-Putih Melati - ST12

Siapa bilang aku seperti dia
Siapa bilang aku cintai dia
Sesungguhnya aku tak benar2 cinta
karna kau tak seputih melati

kalau ada hitam pasti ada putih
jika hatimu kelam tk mungkin bersih
tak usah kau lanjutkan tuk berbagi kasih
karna kau tk seperti melati ohhhh

putih2 melati
merah2 delima
siapa yg baik hati
pasti ku terima ahhh…

Perasaan itu Satu Ujian


...Assalamualaikum..


minggu ni ada macam-macam rasa,
macam-macam perkara fikir dalam kepala..
yang penting, Allah selalu ada bersama kita..
Alhamdulillah.. terima kasih Allah..

bercakap secara general, semua orang pasti mengalami saat-saat mempunyai 
perasaan yang sukar untuk diungkapkan..
bak kata orang, buat kerja sume serba tak kena
makan tak lalu, tidur tak lena, mandi tak basah..
ada orang cakap perasaan macam tu adalah anugerah..
betul ke??
betol betol betol!
perasaan itu anugerah sekiranya kerana Allah..

ramai orang yang kononnya bercinta kerana Allah,
tapi ada jugak yang bercinta kerana Allah tu, putus ditengah jalan,
so kerana Allah ke tu?
mungkin ya, mungkin juga tidak..
bercinta kerana Allah itu, bukan sekadar dimulut, 
tapi dengan hati dan perbuatan sekali..
hanya Allah yang tahu kita bercinta tu berlandaskan cinta kerana Allah ataupun tidak..
yang paling afdal adalah perlahwinan,
cinta selepas kawen lebih barakah..
lebih terasa manisnya..

okay okay, terlebih emo pulak saya,
bukan saya nak citer pasal cinta after nikah pon..
ni citer lain..
citer yang tiba-tiba je boleh ada perasaan tu..

dah lama saya tak alami perasaan yang macam ni..
sebelum ni (semasa saya jahil tentang kehidupan), 
ada la jugak timbul perasaan ni,
dah timbul tu layan je la..
siapa tak nak rasa camtu?
...................
tapi hakikat yang perlu saya lalui adalah
hati tak tenang, rasa macam jiwa kacau pulak..
tapi perasaan tu tak lama
bayangnya berlalu dek masa dan jarak yang memisahkan..

masa yang berlalu, menjadikan saya semakin belajar mengenal kehidupan..
kehidupan yang 100% pergantungan kita bukan pada siapa-siapa,
tetapi hanya pada si Dia yang Maha Esa...

namun kini saya didatangi lagi dengan perasaan itu..
ya perasaan itu indah..
namun hakikatnya itu semua adalah ujian..
ujian sejauh mana kewarasan saya berfikir,
sejauh mana kebergantugan saya pada si Dia..

menangis mohon petunjuk,
Alhamdulillah,
saya masih punya Allah untuk mengadu,
ternyata perasaan yang hadir itu bukan anugerah untuk saya,
ia cuma bisikan syaitan untuk melekakan saya kepada Pencipta saya sahaja..
kini saya semakin tenang menghadapinya...
mohon ketenangan yang berpanjangan ya Allah...

............................................................
         Hadis nabi yang bermaksud: 
‘sesiapa yg jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya, hingga kematian 
datang menjemputnya, maka dia adalah seorg yg syahid.’
- riwayat Hakim, Ibn Asakir, al-Dailami dan lain-lain.

  Dalam riwayat lain pula bermaksud: 
‘ sesiapa yg jatuh cinta, lalu dia memelihara kesucian dirinya dan 
bersabar hingga meniggal dunia, maka dia adalah seorg yg syahid.’


Ya Allah, andainya dia adalah jodoh yg ditetapkan olehMu kpdku, maka, campakkanlah ke dlm hatiku, cintanya adlh krn-Mu, dan campakkanlah ke dlm hatinya, cinta kpdku adlh krn-Mu.
Namun, andainya dia bukanlah jodoh yg ditetapkan oleh-Mu kpdku, berikanlah aku kekuatan agar pasrah dlm mengharungi ujian, yg Kau berikan kpdku….

Ya Allah sekiranya perasaan ini hanya bisikan syaitan yang
hadir semata-mata untuk melekakan aku terhadapMu,
maka Engkau jauhkanlah ia dari aku,
peliharalah aku untuk sentiasa tidak melupakanMu..

...........................................................................

kadang-kadang Allah hantar seseorang untuk menguji kita,
kadang-kadang Allah hilangkan seseorang untuk menguji kita,
kadang-kadang Allah beri kesakitan untuk menguji kita,
dan kadang-kadang Allah beri keselesaan juga untuk menguji kita..
-jangan mengeluh-
*copy daripada status kawan di FB*

perasaan itu adalah anugerah, malah ia juga satu ujian bagaimana untuk kita memelihara perasaan itu..

hope the points will share to others...
wassalam

Ujian itu Tarbiyah, Sabar itu Indah


BY  · JUNE 29, 2012 · NO COMMENTS

Allah Taala mendidik hambaNya dengan menurunkan pelbagai ujian. Ujian sebagai “tester” sejauhmanakah penilaian dan pemahaman hamba dalam soal pergantungan dan pengharapan. Alhamdulillah, ku bersyukur pada Allah biar ujian itu pahit tetapi yang lebih memahat di dalam jiwa, apabila Allah Taala serta dengan tiba-tiba menggantikannya dengan perkara yang lebih baik. Terkadang kita hamba disaat lemah, banyak percubaan yang mengundang, tertewas juga kadangnya.
Ceria dan mendungnya kehidupan adalah warna-warni hidup. Tak enak ubi yang direbus tanpa garam yang masin, tak enaklah pelam muda yang masam tanpa kicap dan gula. Selepas diberi ujian, barulah terasa enaknya ujian. Mesrakanlah dengan ucapan alhamdulillah, walaupun duit dikocek sudah kehabisan, sedangkan begitu ramai yang dipenuhkan koceknya meninggalkan Tuhan.
“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)”
(Al-Baqarah :214)
Allah tidak pernahkan jauh, meninggalkan hambaNya seorang meraba-raba penyelesaian akan ujian yang dihadapi. Jawapan dan tarbiyyah Allah sangat eksklusif bagi hamba-hambaNya. Setiap orang diajarkan tarbiyyah berbeza, bahkan jawapannya juga berbeza. Proses kehidupan membentuk manusia lebih baik, memperbaiki diri menjadi yang terbaik.
Kita seharusnya mencedok kisah silam, sejarah yang terbukti. Ketabahan umat Islam zaman lampau terutama tika zaman Rasulullah S.A.W. Bagaimana keperitan, penderitaan yang di alami hinggakan kesan ujian tersebut mengobrak emosi, menjengah sampai menggoyahkan iman. Bukan itu saja, nyawa menjadi taruhan supaya boleh merobek teguh iman dalam sanubari. Hebatnya para sahabat Nabi S.A.W, bukan kecil-kecil iman mereka.
“Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.”
(Al-Baqarah :155)
Kita selalu merungut, menyalahkan yang lain padahal pada masa yang sama kita sudah ditewaskan oleh emosi yang memercik, SYAITAN yang membisik, hati membentak dan ragut dijentik. Aduh, sayangnya emosi itu menjadi alasan ketidaksiumannya kita. Bagaimana mahu mengubatinya? Mencari penjuru lalu menangis sudahkah selesai?
Tidak! Seharusnya kita sendiri harus memandu sendiri. Mulakan dari gear mula, mencari titik permulaan tersebut yang terkandung di dalam jiwa. Muhasabah diri, menimbang-tara peribadi, kau akan menemui rapuhnya hatimu dalam mencintaiNya, kesetiaanmu tidak setulus cintaNya, saat itu tangisanmu sangat berguna.
Selepas tangis, pasti kamu akan mulai bangkit. Allah akan mengisi lompang-lompang pertanyaanmu, satu jawapan sudah cukup untuk kamu. Tiada diskriminasi, kamu miskin kamu kaya, kamu pangkat kamu biasa. Asalkan kamu dekat, dan Allah Taala lebih dekat.
Taman menjadi subur kembali dengan adanya hujan Allah menurunkan, layulah jika hanya ada cahaya mentari saja. Begitu juga hati, dengan adanya tangis Allah menyuburkan jiwa semula, terbitnya pula pelangi yang indah.
“Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. “(Surah At-Thalaaq :3)
Bak sajak Hilal Asyraf :
Kadang susah biar kita bijak bersyukur,
kerana manusia itu sering melupai,
kadang sakit biar kita beringat,
kerana manusia itu sering meninggi diri,
kadang dosa itu biar kita sedar,
kerana manusia itu sering bongkak dalam kalbunya nanti.
Cabaran itu juga daripada Tuhan,
tidakkah kita memerhatikannya dengan mata hati?
{Cabaran dan halangan itu dari Allah, menghias untuk kamu menjadi tinggi, mulia disisi Dia}

kebahagiaan dalam pencarian


"Suhana, kau pernah minat pada seorang lelaki tak?" tanya kawan saya ketika kami sedang duduk berehat.
"Pernah lah," jawab saya. Agak segan kerana soalan sensitif yang dilontar oleh kawan.
"Kalau kau suka, kau akan buat apa?"
"Aku akan berdoa dalam hati, Allah, aku suka akan dia, jika dia adalah jodohku, maka dekatkanlah dia untukku, jika bukan maka berikanlah yang lebih baik dari itu," jawab saya.
"Oh..." terdiam seketika kawan saya itu.
Benar, setiap orang pasti pernah jatuh cinta. Namun bagi yang menjaga iman dan diri, pasti dipendamkan dahulu, cuba berusaha dengan cara yang betul untuk meraih cinta tersebut. Berusaha untuk tidak mencemari diri dari melakukan perkara-perkara yang mampu mencalarkan maruah diri dan sebagainya.
Jangan jadi manusia terhegeh-hegeh dan terlalu menguja.
Wanita fitrahnya adalah seperti daun semalu, yang berduri dan bila disentuh tertutup malu. Seperti bunga mawar yang indah namun penuh berduri tajam. Jangan dihilangkan fitrah itu, kerana cinta anda sanggup mengejar sesuatu yang pasti bukan kepunyaan anda.
Seringkali kerisauan mengenai jodoh menjadi pendorong kepada berlakunya ikatan kemanusiaan jantina yang berbeza yang tiada nilai di sisi agama - bercouple tanpa sah!
Atas alasan takut diri tidak laku, maka jika sesiapa lelaki yang menghulur cinta maka terus diterima tanpa berfikir dengan akal yang waras. Maka ketetapan Allah mengenai jodoh tidak dipeduli kerana kerisauan yang sering menghantui diri.
Sudah dibilang pelihara diri anda, maka peliharalah kerana itu bukan sesuatu yang merugikan. Namun, jika diri sudah terperangkap dengan mainan emosi kerisauan ini, segeralah bermuhasabah.
Ya, benar.. saya akui, jodoh tidak akan bergolek, ia perlu dicari. Namun, pencarian anda itu bagaimana caranya? Adakah mengikut syariat atau tidak? Adakah anda yakin pacar anda sekarang pasti meminang anda atau tidak?
Dan akhirnya pasti kalian menjawab, "terserah pada Allah, moga inilah jodohku.."
Nah, akhirnya anda sendiri akur untuk berserah juga akhirnya, tetapi berserah setelah mengikut pencarian yang salah, anda sendiri mampu menafsir apa yang berlaku seterusnya.
Saya tidak menafikan juga bahawa kebahagiaan itu tidak mampu dinilai. Tapi sedarlah wahai sekalian sahabatku, kita sering bermimpi indah selepas perkahwinan, punya anak-anak yang soleh dan sebagainya, tapi hakikatnya kita masih kabur dalam menilai erti perkahwinan itu sendiri.
Seharusnya perkahwinan ini mampu menghasilkan generasi Islam yang lebih mantap, bukan pewaris kepada dosa-dosa yang kalian sudah lakukan sebelumnya.
Tuntasnya, saya mahu mengingat kepada diri serta sahabat sekalian bahawa carilah jodoh anda dengan cara yang paling diredhai oleh Allah.
Berpacaran bukanlah jalan terbaik untuk mengatasi masalah kerisauan anda tentang jodoh. Jika indah akhlak kalian, menjaga peribadi anda, jodoh itu sendiri datang kepada kalian tanpa disedari.
Mahu pasangan yang soleh dan solehah? Andalah yang perlu menjadi soleh atau solehah dulu...
Mintalah kepada-Nya, kerana hanya Dia  yang Maha Mengetahui jodoh terbaik untuk kalian.
Apa yang perlu kalian lakukan sekarang bukanlah menjalin hubungan mesra dengan pacaran tetapi jalinlah hubungan mesra dengan Yang Maha Memiliki!
Jangan sekadar mohon jodoh, namun mohonlah juga keturunan yang baik kerana itu bisa menjadi penyejuk mata dan hatimu.
Ikutlah jalan Islam, pasti bahagia selamanya... insyaAllah! <3

Monday, March 18, 2013

perbualan asas =D


محادثة/MUHADATHAH/PERBUALAN/KOMUNIKASI/DIALOG - Asas: Apa Khabar? : كـَـيـْـفَ حـَـالـُـكَ؟

a : كـَـيْـفَ حـَـالـُـكَ؟ How Are You?
Apa khabar (L)?
b: الـْـحـَـمْدُ لِلَِّهِ، أ َنـَا بـِـخـَـيـْـرٍThumbs Up
Alhamdulillah, saya sihat.
b : وَكـَـيـْـفَ حـَـالـُـكِ؟
Awak (P) pula apa khabar?
a : الـْـحـَـمْـدُ لـِلَّهِ، أ َنـَا بـِـخـَـيـْـرٍ
Alhamdulillah, saya sihat.
c : كـَـيـْـفَ حـَـالـُـكـُمــَـا؟
Kamu berdua apa khabar?
a&b : الـْـحـَـمـْـدُ لـِـلـَّـهِ، نـَـحـْـن ُ بـِـخـَـيـْـرٍ
Alhamdulillah kami sihat.